Hari ini saya akan ceritakan tentang pengalaman seorang wanita bernama Lui Xin Ling dan kawannya yang hampir terbunuh oleh sesuatu roh yang di panggil oleh mereka.
Ceritanya bermula pada hari khamis yang lepas, Lui dan 4 orang kawannya bermain spirit coin
di rumah Lui . semasa itu ibu bapa Lui telah keluar untuk ke rumah kawan untuk bersembang.
Mereka hanya nak cuba permainan spirit coin yang telah di perkenalkan oleh seorang kawannya bernama Chang Win Shen . Mereka telah padamkan lampu dan menyalahkan lilin dan bercampur darah di dalam sebuah mangkuk yang kecil . Mereka pun mula menjampi dan memanggil sesuatu roh yang mereka tidak kenali. Mereka pun tanya
Lui dan kawan: Apakah nama kamu?
roh : T E O H
Lui dan kawan: Macam mana awak mati ?
roh : DIHUKUM MATI
Lui dan kawan: Kenapa kamu di hukum mati?
roh : MEMBUNUH ORANG SEPERTI KAMU
Apabila telah nampak apa yang telah di balas mereka cuba menghantar roh itu kembali tetapi sudah terlambat sebab roh itu telah berada di dalam rumah .
*Pintu membuka sendiri
*bunyi tapak kaki
*bunyi pisau diasar
*ketawa seorang lelaki
Lui dan kawan secepat mungkin cari jalan keluar tetapi roh itu telah menghalang mereka keluar. Lui pun cuba call ibu bapa nya tetapi yang keluar suara seorang lelaki yang ketawa.
Lui menjerit dan tiba2 seorang kawan nya telah hilang.Mereka mencari dan telah menjumpai kepala kawanya atas lantai di dalam bilik Lui.
Lui dan kawannya menjerit sekuat hati. Semasa itu seorang warga tua lalu di depan rumahnya dan terdengar jeritan tersebut , dia pun cuba nak masuk tetapi di tolak oleh sesuatu dia pun menjampi dan pintu itu buka sendiri. Dia secepat mungkin ke arah jeritan itu dan dia ternampak Lui dan kawannya dan seorang lelaki dengan sebilah pisau.
orang tua itu pun bertanya,
orang tua: Kenapa kamu membunuh mereka?
roh : Mereka memanggil aku dan tidak menghantar aku kembali dengan betul
orang tua: Tak apa biar aku yang menghantar kamu kembali dengan betul supaya kamu dapat bersemadi dengan aman
roh : Baiklah dan terima kasih
Beberapa minit kemudian ibu bapa Lui kembali dan terkejut dengan mayat kawannya. dan orang tua itu. Lui , kawannya dan orang tua itu menceritakan tentang apa yang telah berlaku.
orang tua tu memesan supaya jangan panggil roh atau terimalah balasanya
tiba orang tua itu pun ghaib di depan Lui dan kawannya
terima kasih dan selamat malam....
No comments:
Post a Comment