Saturday, December 18, 2010

Hantu Pemakan Manusia Datang Ke Rumah....

Selamat malam kepada semua pembaca ,
Hari ini saya akan menceritakan pengalaman seorang wanita bernama Wanie yang berumur 15 tahun yang telah berhadapan dengan sesuatu Hantu Pemakan manusia di depan rumahnya..
Ceritanya bermula pada hari khamis yang lepas,wanie berada di rumahnya berseorangan sebab ibu bapa nya telah pergi ke jemputan kenduri di KL dan dia juga tidak mempunyai adik ataupun abang. Wanie berasa sungguh bosan dan dia bukakan radionya untuk menghilangkan rasa bosanya.
Tiba-tiba Wanie tertidur , apabila dia bangun jam telah menujukan jam 11:59 malam. Masa tu juga wanie terdengar sesuatu atau seorang mengetuk pintu rumahnye. Wanie pun pergi hendak membuka pintu kerana ingat ibu bapa nya telah pulang.
Apabila Wanie membuka pintu , dia terkejut ternampak seorang wanita berambut panjang,muka yang hodoh dan sedang merangkak ke arah Wanie dengan lagu seperti mahu makan nya. Apa lagi Wanie pun menjerit sekuat hati .
Jiran -jiran Wanie pun dengan laju berlari ke rumah Wanie , mereka terkejut apabila menjumpai Wanie hampir mati dan kehilangan banyak darah.....Sekian Terima Kasih

Selamat Malam dan Selamat Sejatera kepada pembaca

Sunday, November 28, 2010

Pontianak di sungai burung

selamat malam pembaca di ghost story and encounter…
malam ini saya akan ceritakan pengalaman cousin saya yang tinggal di sungai burung ,pekan nenas….
pada malam tersebut(hari di rahsiakan) cousin saya dan kawan nya pergi ke sebuah tasik berdekatan untuk memancing,, tetapi selalunya dia dan kawannya gi pada waktu petang tapi pada hari tersebut mereka pergi pada waktu malam….
mereka di situ selama 1 jam dan tiba2 mereka terdengar suara perempuan ketawa … cousin saya dan kawannya berasa seram dan kemas peralatna mereka tetapi apabila mereka hendak jalan mereka nampak pontianak di belakang mereka sedang terbang ke arah mereka … mereka pun berlari dgn laju ..
sehingga mereka semua sampai di rumah ,, semua kelihatan seperti di kubur yang sunyi….dan mereka masuk ke rumah dan terjumpa pontianak itu sedang duduk di depat pintu … mereka pun pengsan…
apabila mereka bangun , mereka sedang berada di dalam sebuah rumah yang telah lama di tinggal ….dan dari hari itu mereka tidak berani pergi memancing berdekatan tasik itu…sekian terima kasih ,kepada semua pembaca…..

4 Mahluk di smk Taman Pelangi

Selamat malam kpd semua pembaca ,
Hari nie saya akan ceritakan tentang pengalaman saya di sekolah sayayang berhantu lebih kurang 5 tahun…….
Ramai orang tidak tahu pasal mereka semua sebab saya boleh melihat perkara yang ghaib sejak saya 12 tahun….
di sekolah saya terdapat 4 murid yang telah menninggal dunia di sekolah saya dan mereka selalu merayap di kawasan sekolah sahaja sebab mereka tidak boleh keluar dari kawasan itu.. kecuali mereka di suruh oleh orang yang mengacau mereka dan berkawan dengan mereka…..
tempat mereka berada:1) seorang perempuan meninggal dunia di tempat bersebelahan dengan tempat TMB di atas bukit sekolah….2) di tandas perempuan di tingkat dua3)di pokok yand tua di sebelah dewan …4) Dan akhir sekalai di atas bukit di padang di hujung sekali…itu la tempat mereka untuk setiap mahluk.. yang saya nampak… dan jangna kacau kediaman mereka atau mereka akan kacau awak sehingga ahkir hayat kamu dan selamat malam …

Nenek kebayan di city square,jay bee

Selamat malam kpd semua pembaca blog.
hari nie saya mahu menceritakan tentang kisah misteri yang berlaku kpd saya dan rakan2 saya ketika bersiar2 di JB …..saya mulakan kisah saya ,, pada suatu hari (tarikh di rahsiakan) saya dan rakan2 saya ingin pergi membuat assignment di luar .saya dan rakan yg lain memilih sebuah pusat membeli-belah di CS (city square) di johor bahru untuk membuat assignment itu . Kami pada mulanya ingin duduk dan minum sahaja di dalam pusat beli-belah itu tetapi rakan yg lain enggan pulang kerana mereka merasa seronok berada disitu maklumlah mereka daripada negeri lain seperti kelantan ,terengganu dan lain.Tiba2 , seorng rakan saya ingin membuang air kecil lalu dia meminta saya untuk menemankan dia ke tandas .saya membawa dia ke tandas yg berada di tingkat satu.Saya melalui pintu ringtangan api di situ.sepanjang perjalanan saya di pintu ringtangan itu saya merasakan ada sesuatu benda memerhatikan kami semasa di situ .Bulu roma saya semua berdiri kerana ketakutan … Saya tidak mahu memberitahu rakan saya tentang kejadian ini kerana takut dia tidak selesa .Setelah sampai ke tandas saya tunggu di luar untuk menunggu rakan saya habis membuang hajat nya . Tiba datang seorng perempuan yg tua berambut putih dan bongkok datang kpd saya dia meminta wang 20sen daripada saya kerana ingin masuk ke tandas lalu saya tanpa berfikir panjang terus memberikan wang itu kepada nya.Nenek tu hanya tersenyum tanpa berkata2 .Saya memerhatikan nenek itu masuk ke tandas sungguh kasihan saya melihat nenek itu . Dua minit kemudian , rakan saya pun keluar lalu saya bertanya kepada nya” hey,Linda ko nampak x nenek tua masuk ke tandas . kesian dia…” aq bertanya kpd nya lalu rakanku membalas pertanyanku,,alangkah terkejut aq bila diberitahu bahawa tiada seorng mahkluk pun berada didalam tandas selain dari linda..Jadi siapa orng yg telah meminta duit dari saya itu …??? dan kemana pergi nya nenek ituJadi tu lah kisah misteri di CS…..sekian terima kasih

Pakcik pengamal ilmu hitam

Zol sendiri pernah menyaksikan adegan yang amat mengerikan dan menakutkan yang berlaku di Pontian, Johor yang diamali oleh pakcik Zol. Tempat yang dia menginap amat terpencil dari para penduduk dengan kampung. Pada satu malam semasa Zol berehat di luar beranda rumah, Zol lihat pakcik mengambil anak batu lesung di ikat seperti kain kafan. Ibu pada anak batu lesung itu disembunyikan. Tepat pada pukul satu pagi Zol terdengar suara anak kecil menangis dengan suara yang garau meminta tolong buka kain putih yang dibalut seperti kafan.
Pakcik terus membaca mentera dengan mulutnya terkumat-kamit tanpa menghirau yang Zol dalam keadaan ketakutan dan hampir menangis. Bila pakcik Zol makin kuat baca mentera yang dipelajarinya, tiba2 sahaja angin kuat di sekelling rumah. Tingkap kaca pecah dan suara Kak Pon mengilai begitu kuat sehinggakan Zol memanggil pakcik berulang kali supaya menghentikan menteranya, tapi dia tak peduli. Bila dia mendongakkan mukanya melihat Zol begitu menakutkan kerana kulit mukanya bersisik dan matanya merah menyala.
Zol dengar dia berbicara dengan anak lesung kecil itu, “Aku akan pulangkan kau pada ibu kau kalau kau dapat menunaikan permintaan aku”. Pakcik Zol sanggup mengamal ilmu hitam sesat itu untuk mencari kekayaan dan ingin penduduk kampung menghormatinya. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2003 sejak itu Zol tak pernah mengunjungnya. Akhir sekali dia menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun ini. Yang amat menyedihkan semasa dimandikan dan dikebumikan, jenazahnya berbau busuk dan mukanya bernanah walaupun sudah dimandikan. Hingga saudara dan sahabat arwah pakcik saya begitu terperanjat bila melihat jenazah.
Apa yang Zol ceirtakan ini adalah benar kerana Zol tak dapat melupakanya hingga ke hari ini.
Best Regards
Zol

hasad dengki

Saya tinggal di bahagian utara Singapura. Kisah yang saya akan keutarakan mengenai hasad dan dengki ipar duai sebelah isteri. Ipar saya sanggup selama ini mengada-adakan cerita fitnahnya kepada orang tua saya. Bila ibu bapa saya tahu hal ini dengan sikap menantunya itu tersangat sedih. Menantunya juga mengharamkan ibu bapa saya bertemu anaknya dan cucunya juga. Rupa-rupanya menantunya itu iri hati dengan bapa mentua dan abang iparnya yang mempunyai kenderaan sendiri. Dalam diam dia juga membeli kereta tanpa mempunyai lesen.
Semasa kami baik dahulu dia sudah menabur barang di dalam dan luar rumah saya dan juga rumah orang tua saya. Barang yang saya maksudkan itu seperti penanggal, pocong, orang hitam dan juga kakak cantik. Ada kejadian aneh di mana rumah akan kedengaran perempuan menangis, tingkap diketuk. Anak saya menangis setiap malam melihat lembaga itu di luar tingkap. Kami memanggil seorang pakar datang ke rumah. Pakar itu memberitahu kami bahawa orang yang terdekat punya angkara. Pakar itu hanya tolong mana yang mampu kerana sudah terlampau banyak. Saya hanya berserah kepada Illahi supaya ipar saya balik ke pangkal jalan.

Here are some tips on protecting yourself in the cinema:

“Do not attend the first screening of any movies in the cinema. By the first screening, I mean the first time the movie is shown in that particular cinema. What’s the reason?
“The first screening is meant for the ‘special visitors’. However, if you insist on going, then sit somewhere in the middle. The first and last rows are reserved for ‘them’. Be warned….
“Ever notice the last row in your local Cineplex is always vacant? Now you know ‘who’ reserves the seats.”

How to avoid ghost in a hotel room

“Ok, here are some beliefs of the hoteliers:
“For single hotels, there is at least one permanent room which should be left vacant at all times. No matter how full the hotel is, they are not to sell that room(s) to any guest.It is said that the special room is ‘reserved’ for those ‘special visitors’.
“So, if you plan to stay in some hotel, always book in advance. Try to avoid walk-ins. If the receptionist tells you there’s no more room available, do not insist to get one anymore or try to bribe them to g ive you a room. If you do that, most of the time the room you have will be that ‘special room’.
“Sometimes those ‘special visitors’ might go to other rooms also, so here’s some tips on how to protect yourself.
“Before entering your room, always knock on the door first, even if you know the room is vacant.” After you enter the room, if you feel very cold suddenly and have ‘chicken spore’, leave the room quietly immediately and go to the reception to request to change room. Most of the time, the receptionist will understand what’s happening.
“After you enter the room, immediately switch on all of the lights, and slide the curtains to let the sunlight in.
“Before you go to bed, arrange your shoes so that one of them is upside down. Some say this represents yin and yang to protect you while you’re asleep.
“Always leave at least a lamp on while you’re sleeping, preferably the toilet lamp.
“If you’ re staying alone and they have give you a twin bed, do not sleep with the other bed vacant, try to put your things, like luggage, on the other bed before you sleep.
“Here’s another tip. When you enter your hotel room, look for the Bible. Most hotels place the Bible inside a drawer, however, if upon entering, you see the Bible on the table, DON’T STAY IN THAT ROOM. It means ‘special visitors’ are there.
“If you see the Bible opened up on the table, LEAVE THAT ROOM IMMEDIATELY and request for a change of room! It means the ‘special visitor’ is really creating trouble in that room!

Bunyi burung yg kuat

selamat malam kepada semau pendengar,
Sewaktu saya terjaga dari tidur sekitar pukul satu pagi, saya pun hidupkan komputer dan lungsuri alam siber. Tiba-tiba saya dengar bunyi burung di luar tingkap tapi bunyinya jauh. Rumah saya menghadap padang yang agak luas juga. Apa yang menghairankan saya ialah saya dapat mendengar bunyi sayapnya seperti “kelapak, kelapak”. Dalam hati berkata burung biasa mana boleh dengar bunyi sayapnya? Saya pun terfikir jikalau boleh mendengar bunyi sayapnya mesti burung ini sejenis burung yang besar dan terbang selepas tengah malam? Saya sudah rasa tidak sedap hati. Oleh kerana tingkap ditutup, saya tidak dapat melihat keadaan di luar. Serta merta saya matikan komputer dan terus tidur.
Pada keesokan malamnya seperti biasa pada 10.00 malam saya akan masuk tidur tapi amat sukar untuk melelapkan mata. Dalam keadaan antara sedar dan tidur saya dapat melihat susuk tubuh wanita yang berbaju putih berdiri di sebelah meja komputer menerusi cermin di almari baju! Saya terus bangun dan dapatkan suami yang sedang menonton televisyen pada masa itu dan menyuruhnya masuk ke bilik. Saya memberitahunya untuk memutarkan CD bacaan2 ayat-ayat suci. Sepanjang malam itu kedengaranlah bacaan2 ayat-ayat suci.
Anak saya memberitahu dia tidak dapat tidur pada malam sebelumnya kerana terdengar bunyi burung yang kuat di luar tingkap. Saya pun nekad untuk letak garam di atas pinggan di kesemua bilik. Alhamdullilah ,Alvin pada pagi esoknya, badan terasa ringan kerana dapat tidur dengan lena.
Terima kasih,
Mawar

peristiwa lembaga hitam di atas perhentian bas

Salam sejahtera KEPADA SEMUA PEMBACA,
Nama saya Madeleine, saya bukan orang Melayu tetapi saya boleh bercakap and menulis dalam bahasa Melayu. Saya ingin menceritakan sesuatu peristiwa yang berlaku kepada kawan saya kurang setahun yang lalu.
Kawan saya, Daniel (bukan nama sebenar) baru sahaja keluar dari kem. Untuk pulang ke rumahnya di Jurong West, dia harus menukar bas di salah sebuah perhentian bas di Jurong East. Kemnya terletak di Clementi.
Malam itu seperti malam biasa. Dia menaiki bas di Clementi dan turun di salah sebuah perhentian bas di Jurong East untuk menukar bas. Waktu itu lebih kurang jam 11 malam. Perhentian bas itu agak sunyi dan di belakangnya merupakan kawasan belukar. Seperti biasa, Daniel menunggu bas di situ tetapi 20 minit berlalu, bas masih belum tiba. Kerana terlalu penat, dia membuat keputusan untuk menahan teksi. Pada waktu itu, ada banyak teksi yang berlalu di tempat itu tetapi tidak satu yang berhenti. Dia berasa musykil dan hairan.
Setelah 10 minit berlalu, sebuah teksi berhenti. Sedang Daniel membuka pintu teksi itu, pemandu itu menyuruhnya supaya menaiki teksi dengan secepatnya dan tutup pintu. Kawan saya agak terperanjat tetapi mematuhi arahan pemandu itu. Setelah memandu beberapa meter, pemandu teksi itu menyuruh kawan saya toleh ke belakang untuk melihat perhentian bas itu.
Alangkah terperanjatnya kawan saya bila dia melihat seorang perempuan berbaju putih yang sedang terbaring di atas perhentian bas itu, rambutnya terjuntai dari bumbungnya. Sebab itulah teksi-teksi lain tidak berhenti, dia memberitahu dirinya. Tetapi dia pun hairan, mengapa dia tidak nampak rambut itu terjuntai? Dia beritahu pemandu teksi itu bahawa dia tidak nampak. Mungkin ia satu perangkap ataupun dia dipukau untuk tidak menyedarinya. Dia amat berterima kasih kepada pemandu teksi itu.
Sejak peristiwa itu, kawan saya tidak lagi menukar bas di perhentian bas Jurong East itu, tetapi menaiki bas dan bertukar menaiki MRT di Clementi pula.
Terima kasih.
Salam hormat,
Madeleine Daniers
TERIMA KASIH MADELEINE!!!

Toyol di bandar tenggara johor

Kisah ini berlaku lima belas tahun yang lalu dan ketika itu saya berusia 8 tahun. Ia berlaku di kampung nenek saya di Bandar Tenggara, Johor. Kejadian ini berlaku pada malam persandingan makcik saya yang baru sahaja selesai bersanding pada petang kejadian. Sudah menjadi kebiasaan bagi saudara-mara saya untuk menginap beramai-ramai di rumah nenek saya memandangkan rumah nenek agak besar.
Pada malam kejadian, saya dan Mak Usu tidur di ruang tamu rumah bersama saudara-mara. Kebetulan pada malam itu kami semua tidur awal kerana keletihan melayan tetamu yang datang berkunjung pada siang harinya. Tepat jam 1.20 pagi, saya yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan tangisan bayi yang kuat dan nyaring. Terganggu dengan bunyi tangisan tersebut, saya bangun dan memandang ke arah kiri dan kanan tetapi tidak kelihatan seorang pun saudara-mara bangun memujuk bayi mereka yang sedang menangis.
Saya segera mengejutkan Mak Usu yang tidur bersebelahan dan menanyakan sama ada dia mendengar bunyi tangisan bayi yang saya dengar. Dia turut mengatakan dia juga mendengarnya. Kami saling berpandangan dan tertanya-tanya bayi siapakah yang menangis sedangkan ketika itu tiada bayi kecil yang berada di dalam rumah. Ketika hampir jam tiga pagi, saya dan Mak Usu terus melelapkan mata walaupun tangisan tersebut masih lagi kedengaran.
Keesokan harinya saya memberitahu emak tentang apa yang saya dengar pada malam tersebut. Rupa-rupanya, kesemua saudara-mara saya turut mendengar tetapi mereka buat tidak tahu sahaja kerana mereka tahu bunyi tangisan tersebut merupakan tangisan toyol yang tidak berjaya mencuri wang yang diberikan tetamu ketika majlis persandingan semalam.
Nenek juga memberitahu pada waktu majlis persandingan tersebut berlangsung, dia menerima wang yang ditampalkan dengan cebisan kertas berwarna putih. Nenek saya yang sudah tahu maksud cebisan kertas putih tersebut, terus memakukannya pada reban ayam yang terletak di sebelah rumah dan ia membuatkan toyol tersebut gagal mencuri wang. Takut tuan yang menghantarnya marah membuatkan toyol tersebut menangis di luar rumah berhampiran dengan reban ayam nenek. Rupanya bukan keluarga kami sahaja yang mendengarnya, tetapi jiran nenek yang duduk agak jauh dari rumah nenek turut mendengar tangisan tersebut.
Terima kasih Alvin, Assalamualaikum dan selamat malam…
Sekian,
Ina

Cerita kanak2 melukis gambar mahluk yg ghaib

Di sini ingin saya bercerita mengenai anak perempuan saya yang berumur 7 tahun. Beliau memang gemar melukis gambar atau lukisan dari ilhamnya sendiri. Biasanya setelah beliau melukiskan sebuah gambar akan ditunjukkan kepada saya atau umi-nya hasil kerjayanya itu.
Pada dua hari yang lepas, seperti biasa anak perempuan saya telah melukiskan sesuatu gambar yang pertama kali saya lihat dia melukisnya. Bila saya bertanya bagaimana dia dapat melukis gambar tersebut? Alangkah terperanjatnya saya apabila dia mengatakan lukisan itu dia melukisnya apabila dia sendiri yang melihatnya.
Gambar itu menunjukkan pakaian berlabuh panjang berwarna putih yang tidak bertangan danberkaki. Cuma kelihatan rambut panjang ke hadapan yang menutupi mukanya. Dan ianya sedang berdiri di hadapan pintu bilik saya.
Sekian terima kasih.

Berlaku perkara yg seram semasa menonton cerita oprah

Apa khabar dan selamat malam? Saya mendapati sesuatu benda yang misteri berlaku di depan kaca televisyen saya di rumah. Pada masa itu saya sedang menonton rancangan “The Oprah Show” dan artis di samping beliau adalah seorang peserta dari rancangan “America’s Got Talent”. Ada seorang artis ni ditemubual melalui khidmat Skype.
Semasa saya asyik menonton temubualnya, saya terpandang ada bayangan seperti kain putih di tengah2 kaca televisyen saya. Kain itu seperti bayangan, yang berkemungkinan berpunca dari gangguan teknikal, tapi ternyata saya salah, lalu ia terus hilang dan tiba2 di belakang sebelah kirinya seperti ada entiti yang berlalu-lalang di belakangnya. Saya tak pasti sama ada Oprah nampak benda itu sama seperti pandangan saya, tapi yang jelas saya pun terperanjat. Saya istighfar lalu menonton terus hingga akhir.
Kalau ada siapa2 yang ada merakamkan rancangan itu pada petang semasa rancangan itu ke udara, pasti akan nampak perkara itu. KC tanyalah siapa2 yang ada rakaman rancangan “The Oprah Show” siaran petang 26 April lalu di saluran 5. Sungguh aneh sekali. Betul2 saya terpandang benda itu depan mata saya sendiri.
Sekian dari saya, Zainuddin aka Dean.

Tidur bersama pocong

Saya ingin dikenali sebagai Caca. Kisah yang ingin saya ketengahkan berlaku lebih kurang lima tahun dahulu kalau tidak silap. Bapa saya mempunyai seorang teman karib yang dikenali sebagai Wak (…) dan usianya dalam lingkungan 70-80an tahun. Saya tak tahu sama ada cerita yang ingin disampaikan ada bersangkut-paut dengan orangnya atau secara kebetulan sahaja. Wak telah meninggalkan kami. Apa yang saya tahu tentangnya adalah dia seorang yang kelakar, baik, suka berbaju batik dan pandai berubat. Jadi setelah dia pergi, memandangkan bapa saya agak rapat dengannya, keluarga si arwah pun telah mengamanahkan bapa saya untuk tolong ‘membuang’/hapuskan barang2 arwah di laut kalau tidak silap.
Sebelum ia dihapuskan, barang2 tersebut khususnya barang perubatannya, ditempatkan di rumah kami buat beberapa hari. Pada mulanya memang saya pun tak mengesyak apa2. Selang beberapa hari, entah mengapa saya tiba2 mempunyai perasaan ingin tahu. Saya cuma lihat ke arah beg tersebut tetapi tak berani memegang atau lakukan apa2. Malangnya, malam tersebut saya tidak boleh tidur, macam ada sahaja yang mengganggu. Selalunya cara saya tidur, saya memeluk erat bantal peluk saya. Malam itu adalah malam yang tidak dapat saya lupakan sampai bila2. Kerana itulah kali pertama di dalam hidup saya, saya terlihat makhluk yang digelar hantu. Percaya atau tidak, tetapi saya berani bersumpah.
Waktu saya pejamkan mata dan memeluk erat bantal peluk saya, seolah-olah saya sedang memeluk badan orang kerana dengan tiba2 saya rasa bantal peluk saya sedang bernafas turun naik badannya. Jarak muka dan bantal hanya beberapa inci. Saya dapat rasakan nafas di muka saya yang agak panas, ibarat saya betul2 sedang memeluk manusia walhal ia adalah bantal peluk saya. Saya tak berani gerakkan badan saya dan buka mata. Tiba2 datang bunyi dari bantal peluk tersebut, suara yang garau, “aaaareerrrrrrrrrr…”
Saya macam tak percaya dengan apa yang berlaku, sama ada ianya bukan khayalan atau halusinasi. Saya beranikan diri untuk membuka mata saya. Alangkah terkejutnya saya, bantal yang saya peluk itu sebenarnya adalah POCONG…!!! Benar!!! Ukuran bantal saya yang sebetulnya hanya sampai ke lutut saya tetapi bila saya buka mata, bantal saya sama ukurannya dengan saya iaitu hingga ke bahagian telapak kaki. Pocong yang selalu kita ketahui diikat dengan kain putih tetapi yang dipeluk saya itu berbatik hijau gelap seumpama kain batik yang sering dipakai Wak…!!! Mukanya memang gelap benar. Memang saya tidak dapat lihat dengan jelas tapi apa yang saya nampak di bahagian kelopak matanya berlubang, tidak ada bola mata pun!!!
Saya pejamkan mata, lalu membaca apa sahaja yang terlintas di benak saya ketika itu dan apabila saya buka mata saya kembali, makhluk yang saya peluk telah kembali ke asalnya iaitu bantal peluk saya. Setelah kejadian itu memang saya tidak boleh tidur hingga ke Subuh esoknya. Bayangkan saya diganggu dari jam 11 lebih malam hinggalah ke 5 pagi esoknya. Apabila saya lelapkan mata sahaja, macam2 yang akan saya termimpikan, semuanya yang gerun2. Apa yang masih boleh saya ingat, saya termimpi berada di sebuah bilik kosong yang agak luas dan gelap. Di hadapan saya ada buai2 di mana ada seorang wanita berambut panjang dan berpakaian putih sedang duduk di buaian tersebut. Saya terbangun dan istighfar. Apabila terlelap lagi, saya tak tenteram, badan saya seperti ada angin yg hendak keluar dari tubuh. Saya rasakan badan saya ternaik dan macam2 lagi saya diganggu pada malam tersebut.
Itu sahaja pengalaman saya yang paling menyeramkan sejauh ini, berpeluk dengan makhluk pocong di katil…!!!

Pengemar cite antu

Ini kisah yang amat menyayat hati yang AyahJo dapatkan berpuluh tahun dahulu. Walau apapun jadikanlah ia sebagai pedoman buat mereka yang gemar mencari atau mencabar ‘Makhluk’ di alam ghaib.
Dahulu ada sekumpulan remaja yang amat gemar pergi ke tempat-tempat ‘Angker’ untuk mencari ‘Makhluk’ alam ghaib atau Hantu. Memang mereka amat berani dan hebat mengatasi cubaan-cubaan yang dihadapinya. Di antara tempat yang mereka pergi selain kawasan perkuburan, rumah kosong, pulau-pulau kecil di Singapura dan sebagainya. Di tanah perkuburan “Kristian” katanya adalah kawasan yang paling banyak cubaan dan gangguannya. Resam manusia seperti remaja ini, sering tidak puas hati dengan apa yang dinampakkan dan inginkan pencarian yang lebih mencabar, lebih menyeramkan dan lebih kuat dalam godaannya.
Maka suatu malam, bermalamlah mereka di sebuah kubur “Kristian” lama di Singapura yang mana dikatakan adanya rumah penempatan mayat bawah tanah. Malang tidak berbau. Bagi mereka cabaran yang datang bagaikan terkena buku dengan ruas. Belum sempat diseru sudahpun muncul depan mata. Satu-satunya lubang pintu masuk dan keluar dihalangi tercegat “lembaga” yang menyeramkan. Tidak tergambarkan bilah sabit panjang yang dipegang oleh ‘Makhluk’ itu diacu-acukan kepada mereka. Semakin mendekati, semakin itulah juga deretan muncul ‘Makhluk-makhluk’ lain di belakang makhluk itu.
Lebeh seram dan terlalu mengerikan hingga terkencing-kencing dan salah satu dari remaja itu tidak sedarkan diri malah mereka yang lain juga tidak tahu apa terjadi lepas itu. Paginya mereka hanya sedar mungkin setelah terbau hancing dan busuk dari kencing dan najis mereka sendiri. Dalam kejadian itu, sebenarnya di antara mereka berenam hanya tiga yang hidup. Dua dari yang hidup tidak dapat hidup dengan sempurna (gila). Yang satu-satunya itulah yang sempat insaf dan menceritakan segala hal dalam penampakkannya. Apa yang dinampakkan??? Wallahu’alam bissawab.

Melahir anak jin

Saya telah menemani seorang rakan pergi berjumpa dengan seorang pakar. Pakar ini memberitahu yang rakan saya ni telah hamil 7 bulan! Pada hakikatnya rakan saya ni belum berumahtangga lagi. Dia telah dihamili oleh jin tua yang telah dihantar oleh seseorang. Waktu rawatan itu, saya melihat perutnya bergerak2 ibarat ada bayi. Rakan saya meraung kesakitan dengan air matanya mencurah-curah tapi dia melawan dengan membaca surah-surah Al-Qur’an.

Alhamdulillah pakar itu dapat mengeluarkan jin itu dan membunuh bayi sekali. Pakar itu memberitahu sekarang baru dapat melihat kecantikan rupa sebenar rakan saya kerana sebelum rawatan dia melihatnya buruk kerana rupa jin

Tidak mandi setelah melawat

Tidak Mandi Setelah Melawat…

Selamat malam para pembaca,

Panggil saja saya Baby Ezam. Saya mempunyai pengalaman yang amat mengerikan dan tidak dapat saya lupakan. Kisah ini terjadi pada tahun yang lepas. Ceritanya begini…

Pada suatu hari, kakak menerima satu berita buruk tentang kematian teman sekolah rendahnya. Kakak pun pergi menziarahi arwah temannya yang terletak di kawasan Punggol. Ketika itu kakak memberitahu saya, dia sedang kedatangan “haid”. Dia memberitahu saya bahawa dia hanya melawat di rumah dan tidak mengikuti menghantar jenazah ke tanah perkuburan. Tetapi setibanya di sana, kawan-kawan kakak pun mengajak kakak untuk mengikut ke tanah perkuburan. Menurut orang-orang dulu, tidak bagus jikalau seorang wanita yang sedang kedatangan ‘haid’ melawat orang yang telah meninggal dunia di tanah perkuburan.

Setelah kakak melawat temannya di tanah perkuburan, dia pun pulang. Waktu dia sampai ke rumah, jam menunjukkan pukul 10 malam. Dia pun seperti biasa berbual-bual dengan saya dan menceritakan saya tentang arwah temannya. Setelah berbual-bual, kakak pun tertidur. Saya mengejutkan kakak suruh mandi, kerana daripada dia pulang, dia belum mandi. Kejut punya kejut, tetap dia tidak sedarkan diri. Saya pun malas nak layan, dan terus tidur disebelahnya. Tidur seperti biasa.

Sedang tidur dengan nyenyak, tiba-tiba, saya tersedar pada pukul 3 pagi. Waktu itu saya tidur dalam keadaan tiarap. Saya angkatkan kepala saya dan pusing ke arah kakak. Saya membuka mata, alangkah terperanjatnya melihat kakak terbungkus seperti POCONG!!! Punyalah terperanjat saya…!!! Saya dengan pantas menolehkan kepala saya ke arah kiri. Tetapi tetap tidur dalam keadaan meniarap. Saya terfikir-fikir, betulkah apa yang saya nampak tadi??? Saya inginkan kepastian, jadi saya pusingkan lagi kepala saya ke arah kakak. Alangkah terperanjatnya, tubuh kakak benar2 telah bertukar menjadi seperti orang mati!!! Tapi saya tidak dapat melihat wajah siapakah yang terbungkus pada waktu itu.

Istighfar punya istighfar… Allah sahaja tahu bagaimana saya rasakan waktu itu. Saya tidak bangun dan pura-pura tidur. Keesokan hari, saya memberitahu ibu dan ayah apa yang saya nampak malam semalam. Dan kami dapati kakak sakit, demam panas.. Seminggu kakak sakit. Itu saja yang saya ingin berkongsi. Terima kasih…

The mananaggal

This story is about a 4 malaysian gone for a 3 day holiday at the philipin but turn ro become a terrible nightmare they never forget……the mananagal is almost like the penanaggal in malaysia but this creature only come off from is hip,have wing, cannot see but can smell unborn baby and eat an unborn baby.Here is a pic of the mananaggal that i found ……This story was given to like a year ago and now here is the tale of the mananaggal…

The mananaggal

The story started just a year ago,there was 4 malaysian name jeff,mizah,lee dan yap(is prenant) they all were on a holiday at jeff old grandfather house in the phillipin.jeff grandfather had died 2 year before the they came to the the house…they went there just want to get off their work in the city. Went they reached at the airport they get in a car and headed to the the house when they reached there they found jeff’grandfather maid still live there.He ask the maid ‘why havn’t u live this place?‘ and the maid reply‘sorry,i want to live but it is so clam here’ she said.so they just let her live there.They stay there till the evening the but later the maid tell them to live .She tell’go from this place now or the mananaggal wil kill your wife’ and lee reply‘what is the mananggal and why it want to kill my wife ’lee reply .The maid said’the mananaggal is a creature which cut it body in half and have wigs and eat unborn baby’ and with out any waiting they qucikly get in their car and drove to the city in the philipin but athalf way the car engine stop by its self.whlie at jeff’grandfather house the maid had change into the mananaggal……………..when jeff and lee fix the car the girl see the mananagal fly above them and almost gone to caught yap and suddenly a old women come to their help.She make the mananaggal go away but not long ,she said to the girl’To go back to the house and rub the mananaggal blood on her to make sure it cannot sense u’ with out and time to think they staright run to the house but they were seperated from mizah which also prenant but no body know expect jeff .After they reached the house they found a half part of the body still there and the old women take some of the blood from the body and put on yap’body to ensure that the mananaggal can’t sense her.but for a few mintues they realise that mizah was not with them and jeff qucikly was is panic to searched but the lee stoped him.Jeff say to lee that’ mizah was prenant too’ so they quickly gone out to seached for Mizah but she is already dead on their can with the mananaggal eating her fleshand that is the story of the mananaggal……

I’M SO SORRY FOR HIS LOST. THIS IS A REAL

Hantu di perhentian bas

Cerita in telah di hantar oleh Encik Kamarul dari singapura.

Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lepas,Encik Kamarul dengan isterinya, Puan Hamizah. Mereka berdua akan pergi berbasikal pada waktu petang pada setiap hari khamis tetapi pada hari tersebut isteri Encik Kamarul berasa pelik semacam ‘ Abang! mizah rasa tidak sedap hatilah ‘ kata Puan Hamizah kepada Encik Kamarul tetapi Encik Kamarul pikir itu hanya perasaan isterinya sahaja.Mereka dengan tidak melengangkan masa mereka mengambil basikal mereka dan pergi berbasikal.

Selepas beberapa jam berbasikal, isteri Encik Kamarul mahu balik ke rumah sebab berasa penat .Biasanya, Encik Kamarul dan isterinya menggunakan jalan yang biasa tetapi perjalanan nya agak panjang tetapi mereka jalan yang lebih dekat . Semasa mereka dalam perjalanan pulang , Encik Kamarul terbau sesuatu yang sungguh wangi. Encik Kamarul berkata pada isterinya ‘ sayang ade bau tak sesuatu yang wangi’ kata Encik Kamarul kepada isterinya.

Setelah beberapa jam, mereka perasan mereka tidak sampai-sampai ke rumah mereka, dan mereka berbasikal balik dan mereka lalu sebuah perhentian bus .Encik Kamarul perasan muka isteri pucat semacam lalu menanya kepada isterinya ‘ kenapa muka kamu pucat semacam’ kata Encik Kamarul kepada isterinya lalu isterinya menjawab dengan ketakutan ‘ abang saya ada ternampak seorang perempuan berrambut panjang yang menutup mukanya dengan berkain putih’…… .

Encik Kamarul berkata ‘jangan layan dan terus jalan’.Dengan tidak melenggangkan masa mereka berkayuh tetapi basikal Puan Hamizah tidak berjalan seperti sesuatu pegang basikalnya tetapi semasa Puan Hamizah panggil suaminya suara keluar dari mulutnya tidak keluar seperti sesuatu benda telah menutup mulutnya.

Apabila Encik Kamarul perasan isterinya tidak bergerak dia pun patah balik untuk melihat apa yang terjadi .Setelah bertemu dengan isterinya yang tertinggal. Encik Kamarul pun bertanya ‘kenapa tidak berjalan?’ tanya Encik Kamarul kepada isterinya lalu isterinya menjawab ‘ada sesuatu benda berhentikan saya dari bergerak’ tetapi selepas Encik Kamarul sampai basikal Puan Hamizah boleh bergerak balik.

Setelah itu, Puan Hamizah berkata suaminya untuk menelipon teksi untuk mengambilnya mereka pulang dan mereka tidak mengunakan jalan itu lagi.

CERITA INI TIDAK DAPAT MEMBUKTIKAN CERITA INI ADALAH BENAR