Sunday, January 30, 2011

HANTU DI POLIS DEPO,TAMAN PELANGI


SELAMAT Malam kepada semua pembaca,
saya telah mendapat sebuah cerita yang di kirim oleh nurul shafiqah ramli tentang pengalamannyadan ini cerita nya..

Mcam ni, Malam tu aku dgan kawan aku nk prgi beli mat salai dekat dengan bukit kat depo kann, Lepas tu, Mase tgah syok syok berbual dgan abg yang jual tu, Aku nmpak ade sorang minah ni mcam sesad kat situ, Aku tanye laa kat dye, Awk ni Budak baru
ke? Dye diam je. Lepas tu aku tnye name die sape. And then , Die ckap name die Maya, Mase die sbut name die tu, Bulu roma aku semue da naekk!

And then, Abg jual salai tu tanye laa. Kau cakap dengan sape nurul? Aku ckap laa, Kau tak nampak ke aku cakap dengan sape? Kan aku tenagh cakap dngan budakk ni. Lepas tu, abg tu ckap kat aku, Kau ni buad lawak arr! Mane ade orangg!

Haha, Lpas tu, AKu ckap laa, MAne ade aku buad lwak sengal! Ni ha , kau tak nmpak ke budak ni? Yang aku nmpak, kau, kwan kau, dgan gerai ni adela. Aku cakap, Ah kau! Bodolaa. Nak buad aku seram pulakk. And then, aku pandang laa balik kad budak tu kann, And then, die terus pergii satu rumah kosong, Aku pnn jerit laa kat budak uh, Adek! Adek nak prgi mane tu? Tu rumah kosong laa DEk! Budak tu terus je jalan, Sambil pnggil aku, AKAK! AKAK! TOLONG ADEK! Aku trkejuz laa kann, Aku ckap dgan abg salai tu, Kau dgar tak ape yng aku dgar? Abng tu ckap, Aku tak dgar ape2 pnn, Knp? Aku ckaplaa, Ish kau ni, Kau tak dgar ke budak tu pnggil aku? Abg salai tu ckap, Kau ni tak abes2 dgan budak! Mane ade orang kad sini!

Aku tak hiraukan abg salai tu, Aku trus prgi kat budak tu, Budak tu maken mnangis bile aku prgi dekat dgan die. Aku ckap, Adek, Knp adek nangis? Lpas tu budakk tu ckap,
Adek cari kakak adekk, Die kate die ade kat dlam rumahh ni.

Aku pnn mmbranikan diri aku masuk dlam rumah kosong tu, Aku ckap laa Hello? Ade sesape tak? Diam, SUnyi jee. AKu ckap laa, Sape pnye adek ni? Diam je. Lepas tu, aku rasekann budakk tu mcam ktawee. Aku ckap laa, Asal adekk ktawe ni? Budak tu terus ktawe, And then, Tetibe aku rase mcam ade orang cekik aku! Mcam nk mati aku kat situ. Esoknye, Bile aku sedar, Aku ade kat rumah abang salai tu, Aku cakap laa, Ape da jadi? Abang tu ckap, Kau kene rasuk smlam.. Huh? Ya ALLAH. Kau jmpe aku kat mane? Kat dlam rumah kosong tu, Kau meraung sorang sorang , lpas tu kau ckap lpaskan aku! lpaskan aku! Aku ckap, Huh, Naseb baek takde apeape, kalau aku mati mcam mne? And then, Abg tu ckap, Nurul ade budak nme die Maya, Die ckap trime kasek kat kau sbab tolong die cari kakak die. Gulp, Rase mcam ta prcaye pulakk. Herr.
The End~

sekian terima kasih.........

Saturday, January 1, 2011

Memanggil roh pembunuh

Selamat malam kepada semua pembaca,

Hari ini saya akan ceritakan tentang pengalaman seorang wanita bernama Lui Xin Ling dan kawannya yang hampir terbunuh oleh sesuatu roh yang di panggil oleh mereka.

Ceritanya bermula pada hari khamis yang lepas, Lui dan 4 orang kawannya bermain spirit coin
di rumah Lui . semasa itu ibu bapa Lui telah keluar untuk ke rumah kawan untuk bersembang.

Mereka hanya nak cuba permainan spirit coin yang telah di perkenalkan oleh seorang kawannya bernama Chang Win Shen . Mereka telah padamkan lampu dan menyalahkan lilin dan bercampur darah di dalam sebuah mangkuk yang kecil . Mereka pun mula menjampi dan memanggil sesuatu roh yang mereka tidak kenali. Mereka pun tanya

Lui dan kawan: Apakah nama kamu?
roh : T E O H
Lui dan kawan: Macam mana awak mati ?
roh : DIHUKUM MATI
Lui dan kawan: Kenapa kamu di hukum mati?
roh : MEMBUNUH ORANG SEPERTI KAMU

Apabila telah nampak apa yang telah di balas mereka cuba menghantar roh itu kembali tetapi sudah terlambat sebab roh itu telah berada di dalam rumah .

*Pintu membuka sendiri
*bunyi tapak kaki
*bunyi pisau diasar
*ketawa seorang lelaki

Lui dan kawan secepat mungkin cari jalan keluar tetapi roh itu telah menghalang mereka keluar. Lui pun cuba call ibu bapa nya tetapi yang keluar suara seorang lelaki yang ketawa.
Lui menjerit dan tiba2 seorang kawan nya telah hilang.Mereka mencari dan telah menjumpai kepala kawanya atas lantai di dalam bilik Lui.

Lui dan kawannya menjerit sekuat hati. Semasa itu seorang warga tua lalu di depan rumahnya dan terdengar jeritan tersebut , dia pun cuba nak masuk tetapi di tolak oleh sesuatu dia pun menjampi dan pintu itu buka sendiri. Dia secepat mungkin ke arah jeritan itu dan dia ternampak Lui dan kawannya dan seorang lelaki dengan sebilah pisau.
orang tua itu pun bertanya,
orang tua: Kenapa kamu membunuh mereka?
roh : Mereka memanggil aku dan tidak menghantar aku kembali dengan betul
orang tua: Tak apa biar aku yang menghantar kamu kembali dengan betul supaya kamu dapat bersemadi dengan aman
roh : Baiklah dan terima kasih

Beberapa minit kemudian ibu bapa Lui kembali dan terkejut dengan mayat kawannya. dan orang tua itu. Lui , kawannya dan orang tua itu menceritakan tentang apa yang telah berlaku.

orang tua tu memesan supaya jangan panggil roh atau terimalah balasanya
tiba orang tua itu pun ghaib di depan Lui dan kawannya

terima kasih dan selamat malam....


Saturday, December 18, 2010

Hantu Pemakan Manusia Datang Ke Rumah....

Selamat malam kepada semua pembaca ,
Hari ini saya akan menceritakan pengalaman seorang wanita bernama Wanie yang berumur 15 tahun yang telah berhadapan dengan sesuatu Hantu Pemakan manusia di depan rumahnya..
Ceritanya bermula pada hari khamis yang lepas,wanie berada di rumahnya berseorangan sebab ibu bapa nya telah pergi ke jemputan kenduri di KL dan dia juga tidak mempunyai adik ataupun abang. Wanie berasa sungguh bosan dan dia bukakan radionya untuk menghilangkan rasa bosanya.
Tiba-tiba Wanie tertidur , apabila dia bangun jam telah menujukan jam 11:59 malam. Masa tu juga wanie terdengar sesuatu atau seorang mengetuk pintu rumahnye. Wanie pun pergi hendak membuka pintu kerana ingat ibu bapa nya telah pulang.
Apabila Wanie membuka pintu , dia terkejut ternampak seorang wanita berambut panjang,muka yang hodoh dan sedang merangkak ke arah Wanie dengan lagu seperti mahu makan nya. Apa lagi Wanie pun menjerit sekuat hati .
Jiran -jiran Wanie pun dengan laju berlari ke rumah Wanie , mereka terkejut apabila menjumpai Wanie hampir mati dan kehilangan banyak darah.....Sekian Terima Kasih

Selamat Malam dan Selamat Sejatera kepada pembaca

Sunday, November 28, 2010

Pontianak di sungai burung

selamat malam pembaca di ghost story and encounter…
malam ini saya akan ceritakan pengalaman cousin saya yang tinggal di sungai burung ,pekan nenas….
pada malam tersebut(hari di rahsiakan) cousin saya dan kawan nya pergi ke sebuah tasik berdekatan untuk memancing,, tetapi selalunya dia dan kawannya gi pada waktu petang tapi pada hari tersebut mereka pergi pada waktu malam….
mereka di situ selama 1 jam dan tiba2 mereka terdengar suara perempuan ketawa … cousin saya dan kawannya berasa seram dan kemas peralatna mereka tetapi apabila mereka hendak jalan mereka nampak pontianak di belakang mereka sedang terbang ke arah mereka … mereka pun berlari dgn laju ..
sehingga mereka semua sampai di rumah ,, semua kelihatan seperti di kubur yang sunyi….dan mereka masuk ke rumah dan terjumpa pontianak itu sedang duduk di depat pintu … mereka pun pengsan…
apabila mereka bangun , mereka sedang berada di dalam sebuah rumah yang telah lama di tinggal ….dan dari hari itu mereka tidak berani pergi memancing berdekatan tasik itu…sekian terima kasih ,kepada semua pembaca…..

4 Mahluk di smk Taman Pelangi

Selamat malam kpd semua pembaca ,
Hari nie saya akan ceritakan tentang pengalaman saya di sekolah sayayang berhantu lebih kurang 5 tahun…….
Ramai orang tidak tahu pasal mereka semua sebab saya boleh melihat perkara yang ghaib sejak saya 12 tahun….
di sekolah saya terdapat 4 murid yang telah menninggal dunia di sekolah saya dan mereka selalu merayap di kawasan sekolah sahaja sebab mereka tidak boleh keluar dari kawasan itu.. kecuali mereka di suruh oleh orang yang mengacau mereka dan berkawan dengan mereka…..
tempat mereka berada:1) seorang perempuan meninggal dunia di tempat bersebelahan dengan tempat TMB di atas bukit sekolah….2) di tandas perempuan di tingkat dua3)di pokok yand tua di sebelah dewan …4) Dan akhir sekalai di atas bukit di padang di hujung sekali…itu la tempat mereka untuk setiap mahluk.. yang saya nampak… dan jangna kacau kediaman mereka atau mereka akan kacau awak sehingga ahkir hayat kamu dan selamat malam …

Nenek kebayan di city square,jay bee

Selamat malam kpd semua pembaca blog.
hari nie saya mahu menceritakan tentang kisah misteri yang berlaku kpd saya dan rakan2 saya ketika bersiar2 di JB …..saya mulakan kisah saya ,, pada suatu hari (tarikh di rahsiakan) saya dan rakan2 saya ingin pergi membuat assignment di luar .saya dan rakan yg lain memilih sebuah pusat membeli-belah di CS (city square) di johor bahru untuk membuat assignment itu . Kami pada mulanya ingin duduk dan minum sahaja di dalam pusat beli-belah itu tetapi rakan yg lain enggan pulang kerana mereka merasa seronok berada disitu maklumlah mereka daripada negeri lain seperti kelantan ,terengganu dan lain.Tiba2 , seorng rakan saya ingin membuang air kecil lalu dia meminta saya untuk menemankan dia ke tandas .saya membawa dia ke tandas yg berada di tingkat satu.Saya melalui pintu ringtangan api di situ.sepanjang perjalanan saya di pintu ringtangan itu saya merasakan ada sesuatu benda memerhatikan kami semasa di situ .Bulu roma saya semua berdiri kerana ketakutan … Saya tidak mahu memberitahu rakan saya tentang kejadian ini kerana takut dia tidak selesa .Setelah sampai ke tandas saya tunggu di luar untuk menunggu rakan saya habis membuang hajat nya . Tiba datang seorng perempuan yg tua berambut putih dan bongkok datang kpd saya dia meminta wang 20sen daripada saya kerana ingin masuk ke tandas lalu saya tanpa berfikir panjang terus memberikan wang itu kepada nya.Nenek tu hanya tersenyum tanpa berkata2 .Saya memerhatikan nenek itu masuk ke tandas sungguh kasihan saya melihat nenek itu . Dua minit kemudian , rakan saya pun keluar lalu saya bertanya kepada nya” hey,Linda ko nampak x nenek tua masuk ke tandas . kesian dia…” aq bertanya kpd nya lalu rakanku membalas pertanyanku,,alangkah terkejut aq bila diberitahu bahawa tiada seorng mahkluk pun berada didalam tandas selain dari linda..Jadi siapa orng yg telah meminta duit dari saya itu …??? dan kemana pergi nya nenek ituJadi tu lah kisah misteri di CS…..sekian terima kasih

Pakcik pengamal ilmu hitam

Zol sendiri pernah menyaksikan adegan yang amat mengerikan dan menakutkan yang berlaku di Pontian, Johor yang diamali oleh pakcik Zol. Tempat yang dia menginap amat terpencil dari para penduduk dengan kampung. Pada satu malam semasa Zol berehat di luar beranda rumah, Zol lihat pakcik mengambil anak batu lesung di ikat seperti kain kafan. Ibu pada anak batu lesung itu disembunyikan. Tepat pada pukul satu pagi Zol terdengar suara anak kecil menangis dengan suara yang garau meminta tolong buka kain putih yang dibalut seperti kafan.
Pakcik terus membaca mentera dengan mulutnya terkumat-kamit tanpa menghirau yang Zol dalam keadaan ketakutan dan hampir menangis. Bila pakcik Zol makin kuat baca mentera yang dipelajarinya, tiba2 sahaja angin kuat di sekelling rumah. Tingkap kaca pecah dan suara Kak Pon mengilai begitu kuat sehinggakan Zol memanggil pakcik berulang kali supaya menghentikan menteranya, tapi dia tak peduli. Bila dia mendongakkan mukanya melihat Zol begitu menakutkan kerana kulit mukanya bersisik dan matanya merah menyala.
Zol dengar dia berbicara dengan anak lesung kecil itu, “Aku akan pulangkan kau pada ibu kau kalau kau dapat menunaikan permintaan aku”. Pakcik Zol sanggup mengamal ilmu hitam sesat itu untuk mencari kekayaan dan ingin penduduk kampung menghormatinya. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2003 sejak itu Zol tak pernah mengunjungnya. Akhir sekali dia menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun ini. Yang amat menyedihkan semasa dimandikan dan dikebumikan, jenazahnya berbau busuk dan mukanya bernanah walaupun sudah dimandikan. Hingga saudara dan sahabat arwah pakcik saya begitu terperanjat bila melihat jenazah.
Apa yang Zol ceirtakan ini adalah benar kerana Zol tak dapat melupakanya hingga ke hari ini.
Best Regards
Zol