Zol sendiri pernah menyaksikan adegan yang amat mengerikan dan menakutkan yang berlaku di Pontian, Johor yang diamali oleh pakcik Zol. Tempat yang dia menginap amat terpencil dari para penduduk dengan kampung. Pada satu malam semasa Zol berehat di luar beranda rumah, Zol lihat pakcik mengambil anak batu lesung di ikat seperti kain kafan. Ibu pada anak batu lesung itu disembunyikan. Tepat pada pukul satu pagi Zol terdengar suara anak kecil menangis dengan suara yang garau meminta tolong buka kain putih yang dibalut seperti kafan.
Pakcik terus membaca mentera dengan mulutnya terkumat-kamit tanpa menghirau yang Zol dalam keadaan ketakutan dan hampir menangis. Bila pakcik Zol makin kuat baca mentera yang dipelajarinya, tiba2 sahaja angin kuat di sekelling rumah. Tingkap kaca pecah dan suara Kak Pon mengilai begitu kuat sehinggakan Zol memanggil pakcik berulang kali supaya menghentikan menteranya, tapi dia tak peduli. Bila dia mendongakkan mukanya melihat Zol begitu menakutkan kerana kulit mukanya bersisik dan matanya merah menyala.
Zol dengar dia berbicara dengan anak lesung kecil itu, “Aku akan pulangkan kau pada ibu kau kalau kau dapat menunaikan permintaan aku”. Pakcik Zol sanggup mengamal ilmu hitam sesat itu untuk mencari kekayaan dan ingin penduduk kampung menghormatinya. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2003 sejak itu Zol tak pernah mengunjungnya. Akhir sekali dia menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun ini. Yang amat menyedihkan semasa dimandikan dan dikebumikan, jenazahnya berbau busuk dan mukanya bernanah walaupun sudah dimandikan. Hingga saudara dan sahabat arwah pakcik saya begitu terperanjat bila melihat jenazah.
Apa yang Zol ceirtakan ini adalah benar kerana Zol tak dapat melupakanya hingga ke hari ini.
Best Regards
Zol
No comments:
Post a Comment