Apa khabar dan selamat malam? Saya mendapati sesuatu benda yang misteri berlaku di depan kaca televisyen saya di rumah. Pada masa itu saya sedang menonton rancangan “The Oprah Show” dan artis di samping beliau adalah seorang peserta dari rancangan “America’s Got Talent”. Ada seorang artis ni ditemubual melalui khidmat Skype.
Semasa saya asyik menonton temubualnya, saya terpandang ada bayangan seperti kain putih di tengah2 kaca televisyen saya. Kain itu seperti bayangan, yang berkemungkinan berpunca dari gangguan teknikal, tapi ternyata saya salah, lalu ia terus hilang dan tiba2 di belakang sebelah kirinya seperti ada entiti yang berlalu-lalang di belakangnya. Saya tak pasti sama ada Oprah nampak benda itu sama seperti pandangan saya, tapi yang jelas saya pun terperanjat. Saya istighfar lalu menonton terus hingga akhir.
Kalau ada siapa2 yang ada merakamkan rancangan itu pada petang semasa rancangan itu ke udara, pasti akan nampak perkara itu. KC tanyalah siapa2 yang ada rakaman rancangan “The Oprah Show” siaran petang 26 April lalu di saluran 5. Sungguh aneh sekali. Betul2 saya terpandang benda itu depan mata saya sendiri.
Sekian dari saya, Zainuddin aka Dean.
No comments:
Post a Comment