Sunday, November 28, 2010

Bunyi burung yg kuat

selamat malam kepada semau pendengar,
Sewaktu saya terjaga dari tidur sekitar pukul satu pagi, saya pun hidupkan komputer dan lungsuri alam siber. Tiba-tiba saya dengar bunyi burung di luar tingkap tapi bunyinya jauh. Rumah saya menghadap padang yang agak luas juga. Apa yang menghairankan saya ialah saya dapat mendengar bunyi sayapnya seperti “kelapak, kelapak”. Dalam hati berkata burung biasa mana boleh dengar bunyi sayapnya? Saya pun terfikir jikalau boleh mendengar bunyi sayapnya mesti burung ini sejenis burung yang besar dan terbang selepas tengah malam? Saya sudah rasa tidak sedap hati. Oleh kerana tingkap ditutup, saya tidak dapat melihat keadaan di luar. Serta merta saya matikan komputer dan terus tidur.
Pada keesokan malamnya seperti biasa pada 10.00 malam saya akan masuk tidur tapi amat sukar untuk melelapkan mata. Dalam keadaan antara sedar dan tidur saya dapat melihat susuk tubuh wanita yang berbaju putih berdiri di sebelah meja komputer menerusi cermin di almari baju! Saya terus bangun dan dapatkan suami yang sedang menonton televisyen pada masa itu dan menyuruhnya masuk ke bilik. Saya memberitahunya untuk memutarkan CD bacaan2 ayat-ayat suci. Sepanjang malam itu kedengaranlah bacaan2 ayat-ayat suci.
Anak saya memberitahu dia tidak dapat tidur pada malam sebelumnya kerana terdengar bunyi burung yang kuat di luar tingkap. Saya pun nekad untuk letak garam di atas pinggan di kesemua bilik. Alhamdullilah ,Alvin pada pagi esoknya, badan terasa ringan kerana dapat tidur dengan lena.
Terima kasih,
Mawar

No comments:

Post a Comment