Sunday, November 28, 2010

peristiwa lembaga hitam di atas perhentian bas

Salam sejahtera KEPADA SEMUA PEMBACA,
Nama saya Madeleine, saya bukan orang Melayu tetapi saya boleh bercakap and menulis dalam bahasa Melayu. Saya ingin menceritakan sesuatu peristiwa yang berlaku kepada kawan saya kurang setahun yang lalu.
Kawan saya, Daniel (bukan nama sebenar) baru sahaja keluar dari kem. Untuk pulang ke rumahnya di Jurong West, dia harus menukar bas di salah sebuah perhentian bas di Jurong East. Kemnya terletak di Clementi.
Malam itu seperti malam biasa. Dia menaiki bas di Clementi dan turun di salah sebuah perhentian bas di Jurong East untuk menukar bas. Waktu itu lebih kurang jam 11 malam. Perhentian bas itu agak sunyi dan di belakangnya merupakan kawasan belukar. Seperti biasa, Daniel menunggu bas di situ tetapi 20 minit berlalu, bas masih belum tiba. Kerana terlalu penat, dia membuat keputusan untuk menahan teksi. Pada waktu itu, ada banyak teksi yang berlalu di tempat itu tetapi tidak satu yang berhenti. Dia berasa musykil dan hairan.
Setelah 10 minit berlalu, sebuah teksi berhenti. Sedang Daniel membuka pintu teksi itu, pemandu itu menyuruhnya supaya menaiki teksi dengan secepatnya dan tutup pintu. Kawan saya agak terperanjat tetapi mematuhi arahan pemandu itu. Setelah memandu beberapa meter, pemandu teksi itu menyuruh kawan saya toleh ke belakang untuk melihat perhentian bas itu.
Alangkah terperanjatnya kawan saya bila dia melihat seorang perempuan berbaju putih yang sedang terbaring di atas perhentian bas itu, rambutnya terjuntai dari bumbungnya. Sebab itulah teksi-teksi lain tidak berhenti, dia memberitahu dirinya. Tetapi dia pun hairan, mengapa dia tidak nampak rambut itu terjuntai? Dia beritahu pemandu teksi itu bahawa dia tidak nampak. Mungkin ia satu perangkap ataupun dia dipukau untuk tidak menyedarinya. Dia amat berterima kasih kepada pemandu teksi itu.
Sejak peristiwa itu, kawan saya tidak lagi menukar bas di perhentian bas Jurong East itu, tetapi menaiki bas dan bertukar menaiki MRT di Clementi pula.
Terima kasih.
Salam hormat,
Madeleine Daniers
TERIMA KASIH MADELEINE!!!

No comments:

Post a Comment